suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya hanya copy paste kapsyen itu” - Alasan Luna Maya tak sebut nama Syahrini

Hubungan dua aktres ini dikatakan dingin.

TINDAKAN penyanyi Luna Maya tidak menulis nama Syahrini pada satu kapsyen foto yang dimuat naik di Instagram mengundang pertanyaan pengikut.

Ini berikutan Syahrini turut menjadi salah seorang selebriti undangan dalam program tajaan sebuah laman membeli-belah atas talian itu.

Menurut portal Liputan6, sebelum acara pelancaran bersiaran langsung di televisyen, kesemua artis terlibat memuat naik foto masing-masing bersama kapsyen mempromosikan platform e-dagang tersebut.

Namun, apa yang menarik perhatian pengikut ialah apabila Luna Maya tidak menulis nama Syahrini dalam kapsyen fotonya itu.

Peminat hairan mengapa nama Syahrini tiada pada kapsyen tersebut.

Luna bagaimanapun menjelaskan kapsyen tersebut disalin semula daripada penganjur tanpa mengubah apa-apa perkataan.

"Ramainya yang komen ya, terima kasih kepada yang menonton acara itu tadi. Untuk makluman, saya dapat kapsyen dari pihak ANTV, saya cuma copy paste, tidak ada yang dikurangkan. Terima kasih dan selamat berpuasa," tulisnya di InstaStory.

Terdahulu, hubungan dua penyanyi ini dikatakan dingin berikutan kisah cinta tiga segi antara mereka.

Suami Syahrini iaitu Reino Barack didakwa merupakan bekas kekasih Luna Maya.

SUMBER: Liputan6

Maya Karin, Luna Maya

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia