suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Maaf, tak boleh cakap” - Robert Pattinson jawab khabar angin hero baharu 'The Batman'

Robert jawab khabar angin jadi hero The Batman. Foto: Elite Daily

PELAKON Robert Pattinson enggan mengulas mengenai khabar angin kononnya dia bakal menjadi hero baharu dalam filem adiwira The Batman.

Menurut laporan Aceshowbiz, Robert yang ditemui semasa Festival Filem Cannes memohon maaf kepada pihak media kerana tidak boleh menjawab persoalan tersebut.

"Saya hanya menjawab pertanyaan tentang promosi The Lighthouse. Saya minta maaf, tapi saya memang tak boleh cakap fasal ini," katanya.

Sebelum ini, industri hiburan Hollywood digemparkan dengan berita kononnya hero filem Twilight ini sedang berunding untuk memainkan watak utama dalam filem tersebut.

Menurut sumber seperti dipetik Variaty, biarpun belum mendapat kata putus, Robert adalah pilihan utama untuk membawakan watak itu.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan Warner Bros berkaitan spekulasi itu.

Jika spekulasi itu benar, ia menjadikan Robert Pattinson, 32, sebagai pelakon termuda yang membawakan watak Batman di dalam filem.

The Batman yang dijangka ditayangkan pada 25 Jun 2021.

SUMBER: Aceshowbiz

Robert Pattinson, The Batman

Artikel Lain