suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sophie Turner minta putus dengan Joe Jonas 24 jam sebelum kahwin

Joe Jonas hampir-hampir putus dengan Sophie di hari perkahwinan mereka. Foto: Reuters

PELAKON Sophie Turner berkongsi situasi mencemaskan yang berlaku sebelum majlis perkahwinannya dengan Joe Jonas.

Menerusi temubual bersama The Sunday Times, Sophie mengaku sempat putus dengan Joe Jones sebelum majlis perkahwinan di Las Vegas, Amerika Syarikat awal Mei lalu.

"Itu adalah hari terburuk dalam hidup kami," kata Sophie seperti dilapor E!News.

Bagaimanapun pasangan ini mula menyedari bahawa tindakan itu salah dan mereka masih saling mencintai.

"Kami takut nak berkahwin... tapi 24 jam kemudian, kami kembali okay dan rasa tak ada apa-apa.

"Joe yang banyak membantu menenangkan saya disaat emosi tidak stabil," ujarnya.

Pasangan selebriti ini berkahwin pada 2 Mei lalu.

Uniknya, mereka menggunakan cincin gula-gula berwarna merah dan hijau bagi memeterai upacara sebagai suami dan isteri.

SUMBER: E!News

joe jonas, Sophie Turner

Artikel Lain