suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Constance Wu dituduh cuai, arnab kesayangan kotorkan kediaman bernilai RM27 juta

Constance Wu dituduh tak bersihkan najis haiwan peliharaan.

PELAKON filem Crazy Rich Asians Constance Wu mencetuskan kontroversi sekali lagi apabila didakwa cuai dan tidak menjaga arnab kesayangannya dengan baik.

Pelakon berusia 37 tahun itu didakwa membiarkan haiwan tersebut merosakkan sebuah bilik penthouse yang disewanya.

Pemilik kediaman itu mendakwa aktres berkenaan tidak melakukan apa-apa pembersihan terhadap kediaman yang bernilai $ 6.5 atau RM27 juta.

"Ada kotoran dan kencing haiwan itu merata-rata dan dia tidak melakukan pembersihan. Arnab itu juga merayap ke semua tempat, p[intu masuk, ruang tamu, dapur, bilik tidur," ujar sumber kepada Page Six.


Arnab kesayangan Constance Wu.

Tambahnya, kediaman tersebut berbau busuk dan menjijikkan serta tahi yang bersepah-sepah.

"Constance pasti tahu tentang itu. Dia boleh tidur dengan arnab tersebut dan sudah tentu ada tahi di atas katil," ujar sumber.

Walau bagaimanapun, sumber daripada pihak pelakon itu memberitahu pemilik kediaman tersebut sudah dimaklumkan bahawa dia mempunyai seekor arnab kesayangan.

Malah, pemilik atau tiada mana-mana pihak yang meminta dia meninggalkan kediaman itu.

Constance Wu

Artikel Lain