suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Luna Maya rebah di bilik air dalam keadaan sesak nafas

Kesihatan Luna Maya dikatakan tidak begitu baik sejak beberapa hari lalu.

AKTES jelita Indonesia, Luna Maya mengalami luka kecil selepas rebah di dalam bilik mandi ketika sedang menjalani penggambaran sebuah televisyen.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram peminatnya, Luna ditemui dalam keadaan terduduk dengan mengalami sesak nafas oleh kru produksi.

Kru produksi berasa curiga apabila aktres itu berkurung di dalam bilik air hampir satu jam.

Turut berada di lokasi kejadian adalah hos Raffi Ahmad.

Panik dengan keadaan itu, Raffi dan beberapa kru lain membantu mengangkat aktres itu bagi mendapatkan rawatan di hospital terdekat.

Dalam pada itu, pembantu peribadi Luna Maya memberitahu kesihatan pelakon itu tidak berapa baik sejak beberapa hari lalu. - liputan6.com

Luna Maya, Raffi Ahmad

Artikel Lain