suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serik! Selena Gomez takut guna media sosial

Selena takut perkongsian tidak benar di laman sosial. Foto: REUTERS

PENYANYI Selena Gomez mengakui dia pernah berasa takut ketika melayari laman sosial.

Menerusi laporan E!News, Selena berkata dia lebih tertutup berbicara mengenai hal peribadi di media sosial selepas mengalami episod kemurungan tahun lalu.

"Saya fikir dunia kita sedang mengalami banyak perkara dan media sosial sangat menakutkan.

"Kadang-kadang mereka berkongsi sesuatu yang tidak pasti dan ia sangat berbahaya," katanya.

Sementara itu, bekas kekasih Justin Bieber ini berkata dia menggunakan media sosial hanya untuk berkongsi perkara bermanfaat.

"Saya menggunakan platform itu untuk berkongsi sesuatu yang baik dan tidak memuat naik foto yang tidak berguna," ujarnya.

SUMBER: Daily Mail

Selena Gomez

Artikel Lain