suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Robert Pattinson hero baharu 'The Batman'!

PELAKON filem Twilight Robert Pattinson dikhabarkan sedang berunding untuk memainkan watak utama dalam filem adiwira The Batman yang dijangka ditayangkan pada 25 Jun 2021.

Menurut sumber seperti dipetik Variaty, biarpun belum mendapat kata putus, Pattinson adalah pilihan utama untuk membawakan watak itu.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan Warner Bros berkaitan spekulasi itu.

Jika spekulasi itu benar, ia menjadikan Pattinson, 32, sebagai pelakon termuda yang membawakan watak Badman di dalam filem.

Warner Bros memberikan pengarahnya Reeves masa yang panjang untuk menyiapkan skrip dan berharap ikon DC yang terbaharu ini tidak mengecewakan seperti Batman vs Superman  dan Justice League.

Sumber dalaman memberitahu penggambaran akan bermula pada penghujung 2019 atau awal 2020.

Pattinson mempunyai empat filem pada pembukaan tahun ini iaitu High Life, The Lighthouse, The King dan Waiting for the Barbarians.

Robert Pattinson

Artikel Lain