suria

Tamat latihan ketenteraan, Taecyeon (2PM) gugup berdepan kamera

Taecyeon tak yakin dengan penampilan setelah dua tahun menjalani latihan ketenteraan. Foto: E!News

AHLI kumpulan 2PM iaitu Taecyeon 2PM telah selamat menjalani latihan ketenteraan yang disertainya sejak tahun 2017.

Taecyeon menamatkan latihan pada Khamis dan disambut oleh rakannya yang juga ahli 2PM iaitu Changsung di salah satu kem di Ilsan, Korea Selatan.

Menurut laporan E!News, penyanyi berusia 30 tahun ini mengakui gelisah dan tidak boleh tidur memikirkan bakal berhadapan dengan ramai pihak.

"Saya tak boleh tidur tenang, rasa gugup sebab ini kali pertama saya berhadapan dengan banyak kamera. Saya rasa macam tak yakin dengan penampilan sekarang ini.

"Pagi tadi saya dengar bunyi trumpet mengejutkan pelatih waktu pagi dan seakan tak percaya saya sudah tamat latihan.

"Terima kasih kepada peminat yang menunggu, tak sangka seramai ini dan berjanji akan kembali dengan sesuatu yang lebih baik," katanya.

Sementara itu, Taecyeon memberitahu dia sangat merindui ahli kumpulan 2PM yang lain dan tidak sabar untuk bertemu dengan mereka.

SUMBER: E!News

Taecyeon, 2PM

Artikel Lain