Hebat! Anak bongsu Jennifer Lopez tunjuk bakat menyanyi - Bintang Global | mStar

Hebat! Anak bongsu Jennifer Lopez tunjuk bakat menyanyi

Anak bongsu Jennifer Lopez ada bakat menyanyi. Foto: Hellomagazine

ANAK bongsu kepada penyanyi Jennifer Lopez iaitu Emme Maribel Muniz menunjukkan kemampuan dan bakat menyanyi.

Menerusi akaun YouTube Jennifer, kanak-kanak berusia 11 tahun itu menunjukkan bakat dengan menyanyikan lagu If Ain't Got You nyanyian asal Alicia Keys.

Video berdurasi 11 minit itu memperlihatkan Jennifer bersama anaknya itu sedang menyanyikan lagu tersebut diiringi muzik piano.

Emme yang mengenakan jaket warna hijau setia menemani ibunya membuat latihan sehingga lewat malam.

Disamping latihan lagu terbaharu berjudul Medicine, Jennifer Lopez turut meminta anaknya itu menunjukkan kemampuan menyanyi.

Rata-rata pengikut di laman tersebut memuji bakat yang dimiliki oleh kanak-kanak berkenaan dan mahu dia menceburi bidang tersebut.

Video yang dimuat naik itu menerima lebih dua juta tontonan dan hampir dua ribu komen pengikut.

SUMBER: CNN

Jennifer Lopez

Artikel Lain