suria

Peminat buat Jimin (BTS) mudah emosi, menangis

Jimin mengakui mudah tersentuh melihat sokongan peminat. Foto: wowkeren.com

AHLI Kumpulan BTS iaitu Jimin merupakan antara penyanyi yang mudah beremosi sehingga menitiskan air mata ketika membuat persembahan di hadapan peminat.

Menurut laporan Allkpop, jejaka berusia 24 tahun ini tidak mampu menahan sebak ketika menjayakan konsert Love Yourself: Speak Yourself di Rose Bowl, California, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Keikhlasan Jimin melayan peminat menyebabkan salah seorang daripada mereka mengumpul koleksi foto dan video penyanyi ini menangis di pentas.

Sebelum ini, Jimin pernah mencuba memeluk peminat daripada atas pentas dan memakai loket dengan nama Army iaitu merujuk kelab peminatnya.

Pada awal tahun 2017, Jimin pernah menyuarakan perasaan kasihnya kepada peminat dan mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak.

"Terima kasih kerana membuatkan kami sentiasa menantikan anda dan merasa erti kehidupan. Terima kasih semua," katanya penuh emosi.

SUMBER: Allkpop

Jimin, BTS

Artikel Lain