suria

Luna Maya bercinta dengan SM Faisal? Tapi katanya sudah ada kekasih lain

AKTRES jelita Indonesia, Luna Maya mengakui sudah mempunyai kekasih baharu selepas putus dengan teman lelakinya yang juga merupakan seorang pelakon, Reino Barack.

Perkara itu dikongsikan Luna sendiri menerusi sebuah wawancara ringkas di Trans Studio Mall Cibubur, Jawa Barat bersama hos televisyen, Ivan Gunawan.

Memetik laporan liputan6.com, Ivan ketika itu sedang mengendalikan segmen bertemakan cinta.

Sebaik ditanya berhubung hal itu, Luna mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seseorang.

Dalam pada itu, Luna turut menjelaskan dirinya sudah move on daripada kekasih lamanya, Reino.

Hubungan cinta Luna Maya dan Reino Barack terkandas di tengah jalan.

Luna sebelum ini menjalinkan hubungan cinta dengan Reino namun hubungan itu musnah di tengah jalan selepas lima tahun bercinta.

Luna kemudiannya dikaitkan bercinta dengan usahawan terkenal Malaysia, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.

Untuk rekod, Faisal juga sebelum ini pernah dikatakan menjalin hubungan cinta dengan pelakon Puteri Aishah.

Bagaimanapun menerusi laporan mStar pada 1 Jun 2018, Puteri Aishah menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar kawan.

Luna Maya, Datuk SM Faisal