suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yeo Jin Goo tidak pernah menjalinkan hubungan cinta

Yeo Jin Goo enggan fikir mengenai cinta.

PELAKON Yeo Jin Goo mendedahkan dia tidak pernah mempunyai hubungan istimewa atau melalui proses bercinta seperti orang lain.

Menurut laporan Allkpop, Yeo Jin Goo mendedahkan perkara tersebut ketika ditemubual dengan Newsen ketika dia mempromosikan drama terbaharu Crowned Clown.

Kata Yeo Jin, buat masa sekarang dia tidak terfikir untuk bercinta dan hanya ingin memberi tumpuan kepada kerjayanya sahaja.

"Buat masa kini, saya rasa saya mahu fokus lebih kepada kerja. Saya tak tahu kenapa tetapi saya mahu menjadi yang lebih baik dalam bidang lakonan.

"Saya seorang yang tidak tahu melakukan dua kerja dalam satu masa. Jadi, saya tidak ada perasaan untuk bercinta buat masa sekarang.

"Sejujurnya, saya tidak pernah menjalinkan hubungan cinta tapi itu tidak bermaksud saya tiada perasaan. Saya boleh rasainya menerusi lakonan," katanya.

Yeo Jin Goo

Artikel Lain