suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Luna Maya tampil berhijab dapat pujian

PELAKON Indonesia Luna Maya memuat naik beberapa foto menunaikan ibadah umrah di Makkah.

Perkara itu mendapat pujian netizen yang suka dengan penampilan baharu yang dilihat lebih anggun dan muslimah.

Foto terbaharu ketika berangkat pulang ke tanah airnya, Luna juga memakai hijab ketika dalam penerbangan dibanjiri komen positif netizen.

Foto memperlihatkan dia memandang ke luar tingkap kala terbang itu memakain hijab dipadankan kemeja berwarna biru.

Rata-rata netizen mendoakan pelakon itu berhijrah dalam masa terdekat.

Syahrini dilaporkan berkahwin dengan Reino Barack.

Sebelum ini, Luna dikaitkan membawa diri ke Makkah bagi mendapatkan ketenangan selepas berita mengenai pernikahan bekas kekasihnya usahawan Reino Barack dengan penyanyi Syahrini awal minggu lalu.

Pasangan itu dikhabarkan melangsungkan pernikahan di Masjid Tokyo Camii di Jepun secara tertutup hanya dihadiri keluarga terdekat.


Luna Maya

Artikel Lain