suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ben Affleck kembali ke pangkuan bekas kekasih

Ben dan Lindsay hadir bersama-sama ke tayangan perdana filem terbaharu aktor itu baru-baru ini.

CINTA berputik semula di antara pelakon Ben Affleck dan bekas teman wanitanya, Lindsay Shookus selepas berpisah pada Ogos tahun lalu.

Pasangan itu dilihat hadir bersama ke tayangan perdana filem terbaharu lakonan Ben berjudul Triple Frontier baru-baru ini.

Sumber kepada pasangan itu memberitahu Page Six, walaupun sudah berpisah Lindsay sentiasa mengambil berat tentang Ben dan atas sebab itu mereka memberi peluang kedua kepada hubungan itu.

Dalam pada itu, Ben pada Isnin lalu secara terbuka bercakap mengenai ketagihan arak dialaminya dan mengakui dia tidak berasa malu untuk mengakui bergelut dengan masalah tersebut.

Akhir tahun lalu, bekas isteri Ben, aktres Jennifer Garner sendiri yang menghantar pelakon itu ke pusat pemulihan dan sejak itu kehidupannya kembali teratur.

Pasangan itu juga kemudiannya bercerai secara rasmi dan Ben menyifatkan Jennifer adalah seorang ibu yang hebat buat anak-anaknya.

Ben Affleck

Artikel Lain