suria

Chelsea Islan padam gambar kekasih di Instagram tinggal tanda tanya

Chelsea dan Daffa padam gambar bersama di Instagram.

HUBUNGAN cinta antara pelakon Chelsea Islan dan Daffa Wardhana sememangnya sudah diketahui umum dan mereka juga kerap berkongsi foto di laman sosial.

Bagaimanapun menurut laporan Kapanlagi, hubungan cinta yang terjalin sejak setahun lalu dikatakan sudah berakhir.

Chelsea dan Daffa dilihat sudah memadam gambar-gambar bersama di Instagram menyebabkan pengikut mereka membuat andaian mereka bukan lagi pasangan kekasih.

Biarpun Chelsea dan Daffa telah memadam foto bersama namun mereka masih lagi mengikuti laman sosial masing-masing.

Sehingga kini, portal hiburan Indonesia itu masih berusaha untuk menghubungi pelakon filem Sebelum Iblis Datang Menjemput ini untuk mendapatkan kenyataannya.

Chelsea Islan, Daffa Wardhana

Artikel Lain