suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yeonwoo dedah belum dapat gaji walaupun dua tahun bersama Momoland

PENYANYI Yeonwoo daripada kumpulan Momoland tampil sebagai tetamu undangan pada program Beautiful Autumn Village Michuri 2 baru-baru ini.

Pada program itu, peserta perlu membuka rahsia yang terpendam bagi membolehkan mereka memenangi sejumlah wang.

Yeonwoo membuka rahsia bahawa dia belum menerima hasil pendapatan sejak bergelar penyanyi bersama kumpulannya Momoland.

Katanya, perkara itu disebabkan dia masih berhutang dengan agensinya.

Dia berhasrat untuk makan daging jika mendapatkan wang daripada program itu.

"Saya belum menerima pendapatan sejak keluar dengan kumpulan Momoland. Jadi jika saya dapat duit ini ia menjadi pendapatan pertama saya.

"Saya masih berhutang dengan agensi," ujarnya yang sudah dua tahun bergelar penyanyi bersama kumpulan itu.

Tambah wanita itu, dia dan ahli kumpulan lain terpaksa bercatu soal makanan.

"Sejujurnya kami masih berhati-hati soal makanan kerana kami memiliki batas bera[a banyak yang kita habiskan untuk makanan.

"Jadi jika saya memang wang ini saya ingin makan sebanyak mungkin," ujarnya seperti dipetik Soompi.

Yeonwoo, MOMOLAND

Artikel Lain