suria

Berdepan pelbagai masalah, peminat penyelamat Ariana Grande

Ariana Grande memuat naik catatan penuh emosional buat peminat di Instagram.

PENYANYI Ariana Grande mengejutkan peminat apabila memuat naik catatan di Instagram bagi memberi penghargaan kepada semua peminat setia atas sokongan terhadapnya selama ini.

Ariana memberitahu dia sangat beruntung mendapat peminat yang tidak jemu-jemu memberinya sokongan terutamanya ketika dia dilanda masalah dan kesedihan.

"Saya bersyukur dengan semua baik dan buruk yang berlaku dalam kehidupan saya termasuk semua yang sentiasa berada di sisi saya termasuk anda semua (peminat).

"Beberapa tahun kebelakangan ini banyak yang berlaku tetapi anda semua ada bersama saya," katanya seperti dilaporkan E News.

Catatan itu dipercayai merujuk kepada kematian bekas teman lelakinya, Mac Miller dan perpisahannya dengan tunang, Pete Davidson yang berlaku hanya selang beberapa minggu.

Baharu sahaja tampil dengan album Thank You, Next, Ariana turut mengumumkan dia sudah bersedia untuk menghiburkan peminat menerusi konsert jelajah dunianya yang akan bermula pada 18 Mac ini.

Ariana Grande

Artikel Lain