suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wajah kacak Baekhyun curi perhatian di pertunjukan fesyen Los Angeles

Baekhyun mencuri perhatian ketika menghadiri pertunjukan fesyen di Los Angeles.

PENYANYI Baekhyun mencuri perhatian para jemputan sebuah pertunjukan fesyen di Los Angeles pada Selasa lalu apabila ramai terpaku dengan auranya sebagai bintang kpop.

Koreaboo melaporkan Baekhyun diburu jurugambar sejurus tiba di karpet merah malah tetamu dan selebriti terkenal yang hadir turut dilihat mengambil peluang bergambar dengannya.

"Baekhyun benar-benar mencuri perhatian dengan gaya dan auranya sebagai seorang selebriti dan paling penting siapa boleh lupa wajahnya yang kacak.

"Dia adalah contoh seorang selebriti yang mempunyai pesona tersendiri," kata peminatnya.

Lebih mengejutkan, kemunculannya itu menjadi bualan di laman sosial sehingga ia tersenarai dalam carta trending di Twitter.

Baekhyun, EXO

Artikel Lain