suria

Syarikat rakaman milik Madonna urus kerjaya MONSTA X

Monsta X kini bernaung dibawah syarikat rakaman milik penyanyi terkenal Madonna di Amerika Syarikat.

KUMPULAN Kpop MONSTA X dilaporkan menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman milik penyanyi legenda, Madonna iaitu Maverick yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

E News melaporkan syarikat tersebut akan menguruskan karier kumpulan itu di Amerika selain bakal merakamkan album terbaharu di bawah label itu.

Baharu sahaja bernaung dibawah syarikat tersebut, MONSTA X sudah pun ditempah untuk mengadakan persembahan berskala besar pertama mereka tidak lama lagi.

Kumpulan itu akan mengadakan persembahan di iHeart Radio Music Festival di Las Vegas.

Mereka bakal menjadi artis kpop pertama yang mengadakan persembahan di festival itu dan ia adalah perkembangan besar untuk MONSTA X di Amerika.

MONSTA X, Madonna

Artikel Lain