suria

Peminat harap Ifan bertemu jodoh dengan balu gitaris Seventeen

Netizen berharap Ifan bertemu jodoh dengan balu gitaris Seventeen iaitu Juliana Moechtar.

PEMINAT Seventeen berharap vokalisnya iaitu Ifan akan bertemu jodoh dengan Juliana Moechtar iaitu isteri gitaris kumpulan itu, Allahyarham Herman yang meninggal dunia akibat dibadai tsunami pada Disember lalu.

Idea itu diluahkan mereka di lnstagram balu Herman iaitu Juliana Moechtar selepas dia memuat naik gambar Ifan bersama dua anak lelakinya di laman sosial itu.

Menerusi kapsyen gambar itu, Juliana memberitahu anak-anaknya mahu menjadi seperti bapa mereka yang pandai bermain gitar dan mempunyai suara lunak seperti Ifan.

Sayu melihat gambar tersebut, peminat mencadangkan agar Ifan dan Juliana bersatu sebagai pasangan suami-isteri.

"Semoga bertemu jodoh... Amin. Harap Ifan dan Juliana bersatu sebagai suami-isteri.

Tinggal kenangan... Tiga anggota Seventeen terkorban dalam kejadian tsunami pada Disember tahun lalu.

"Anda berdua nampak serasi bersama... Anak-anak Herman juga nampak selesa dan rapat dengan Ifan," antara komen netizen.

Foto berkenaan yang dimuat naik tiga hari lalu sehingga kini mendapat hampir 60,000 tanda suka selain 700 komen.

Dalam kejadian tsunami yang melanda Selat Sunda, dua lagi anggota Seventeen iaitu Bani dan Andi turut terkorban dalam bencana alam itu menjadikan Ifan satu-satunya ahli terselamat.

Selain itu, isteri Ifan, Dylan Sahara yang menemaninya ketika mengadakan persembahan di Pantai Tanjung Beach Resort, Banten turut terkorban dalam kejadian itu.

Baru-baru ini Ifan berkongsi foto terakhirnya bersama isteri Dylan Sahara yang diambil 20 minit sebelum tsunami berlaku.

Sementara itu, Ifan menerusi Instagram miliknya pula berkongsi video proses rakaman single terbaharunya yang dicipta khas oleh kumpulan Armada sebagai tribute kepada Seventeen.

Menerusi video itu, Ifan yang pada awalnya kelihatan cerita kemudiannya menitiskan air mata sejurus selesai merakamkan lagu tersebut.

"Merupakan perjalanan emosi yang sangat berat pada saat saya perlu menyelesaikan sebuah lagu daripada sahabat-sahabat terbaik kami iaitu Armada yang dipersembahkan untuk kami, Seventeen.

"Tidak mudah, sangat tidak mudah untuk duduk kembali di ruang rakaman tanpa ditemani Herman, Bani dan Andi.

"Kerinduanku terhadap Seventeen mahupun isteriku yang tercinta harus saya selesaikan, kenangan yang penuh dengan rasa cinta," tulisnya pada kapsyen.

Ifan, Seventeen

Artikel Lain