suria

Westlife mahu bekerjasama dengan BTS

Westlife menganggap kolaborasi bersama BTS akan menjadi menarik.

KUMPULAN Westlife mendedahkan mereka mahu bekerjasama dengan kumpulan Kpop terkenal iaitu BTS dan menganggap ia akan menjadi satu kolaborasi yang menarik.

Menurut laporan Allkpop, pendedahan tersebut dibuat ketika mereka menghadiri program Section TV sempena mempromosikan ulang tahun ke-20 penubuhan kumpulan tu.

Sebelum ini, Westlife pernah berkolaborasi dengan artis Korea iaitu BoA buat kali pertama untuk versi istimewa lagu popular mereka Flying Without Wings pada 2008.

Westlife, BTS

Artikel Lain