suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan cinta Kim Bum dan Oh Yeon Seo berakhir tahun lalu

Kim Bum dan Oh Yeon Seo pilih untuk membawa haluan masing-masing.

PELAKON Kim Bum dan Oh Yeon Seo sudah mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama sebagai pasangan kekasih.

Menurut laporan Soompi, agensi pengurusan Kim Bum iaitu King Kong by Starship memberitahu hubungan pasangan itu berakhir sejak tahun lalu.

"Memang benar Kim Bum dan Oh Yeon Seo mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan mereka sejak tahun lalu.

"Kami tidak boleh beri punca perpisahan itu kerana ia adalah hal peribadi mereka," katanya.

Kim Bum dan Oh Yeon Seo mengumumkan hubungan cinta mereka secara terbuka pada Mac 2018 dan mereka mula mengenali satu sama lain selepas program tvN, Hwayugi berakhir.

Kim Bum, Oh Yeon Seo

Artikel Lain