suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mingsung (Topp Dogg) dimasukkan ke hospital, padam beberapa foto di IG

Minsung tidak memberitahu punca sebenar dia dimasukkan ke hospital.

ANGGOTA kumpulan Topp Dogg iaitu Minsung (Hansol) memberitahu dia dimasukkan ke hospital disebabkan masalah kesihatan.

Menurut laporan Allkpop, berita tersebut dikongsi oleh Minsung sendiri menerusi laman Instagramnya.

Malah, Minsung juga telah memadam beberapa fotonya di laman sosial untuk mencantikkan ruang foto itu untuk kelihatan lebih menarik.

"Bukan pagi yang baik. Kuatkan semangat! Jangan risau! Saya padam beberapa foto sebab saya nak cantikkan Instagram saya," katanya.

Bagaimanapun, Minsung tidak menyertakan sebab atau penyakit yang dihadapinya sehingga dimasukkan ke hospital.

Minsung, Topp Dogg

Artikel Lain