suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Junsu tamat latihan tentera selepas setahun sembilan bulan berkhidmat

Kim Junsu.

PENYANYI Kim Junsu kini kembali aktif dalam bidang seni selepas tamat menjalani sesi latihan tentera selama setahun sembilan bulan.

Menurut laporan Soompi, Kim Junsu bertemu peminatnya seramai 500 orang di hadapan balai polis Suwon Nambu selepas tamat latihan tersebut.

"Setahun sembilan bulan boleh jadi masa yang pendek atau panjang. Bagi saya, ia adalah proses untuk belajar dan membesar.

"Ketika menjalani latihan tentera sebagai pegawai polis, saya dapat rasai bagaimana polis bekerja.

"Saya akan menjadi lebih baik dan membantu masyarakat selepas ini," kata Kim Junsu.

Kim Junsu

Artikel Lain