suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

T.O.P kembali aktif menggunakan laman Instagram selepas setahun

T.O.P kembali aktif di laman sosial.

ANGGOTA kumpulan BIGBAND iaitu T.O.P kembali aktif menggunakan laman Instagram selepas setahun tidak memuat naik sebarang aktiviti.

Menerusi akaun Instagram rasmi @choi_seung_hyun_tttop memuat naik foto lukisan diikuti dengan gambar bersama pelukisnya, Mark Grotjahn dari Amerika Syarikat.

T.O.P. juga memuat naik pula foto peti aisnya yang dipenuhi dengan kotak ais krim namun foto it dipadamkan tidak lama kemudian.

Rata-rata peminatnya meluahkan rasa gembira melihat idola kesayangan mereka kembali aktif di laman sosial.

T.O.P memuat naik foto di laman sosial selepas setahun.

Sebelum ini, T.O.P menyepi daripada media sosial selepas posting terakhirnya mengenai artikel daripada Billboard mengenai Big Bang pada April 2017.

Dia kemudiannya menyertai latihan tentera sebelum terlibat dalam skandal penyalahgunaan dadah jenis marijuana.

Kes yang dibawa ke itu mahkamah menyaksikan T.O.P. mengaku bersalah atas semua pertuduhan ke atasnya.

Dia kemudiannya diletakkan dibawah pemerhatian selama dua tahun dan akan dikenakan penjara 10 bulan sekiranya gagal mematuhi syarat pemerhatian itu.

T.O.P, BIGBANG

Artikel Lain