suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selena Gomez pula bimbang dapat tahu Justin Bieber menangis

Selena bimbang dengan keadaan Justin selepas dapat tahu bekas kekasihnya itu menangis.

PENYANYI Selena Gomez berasa bimbang dengan keadaan Justin Bieber selepas berita bekas kekasihnya itu dirakam sedang menangis di kawasan umum.

Menurut laporan Hollywoodlife, biarpun kini Selena sedang dirawat di sebuah pusat psikiatri namun dia masih memikirkan keadaan Justin.

"Selena setiap masa bimbang dan memikirkan adakah Justin dalam keadaan gembira dan okey," kata sumber.

Sebelum ini, foto Justin dilihat sedang menangis di dalam keadaan bersama isterinya Hailey Baldwin pada 2 November lalu.

Menerusi laporan terdahulu, Justin dikatakan bimbang dengan keadaan Selena yang dimasukkan ke pusat psikiatri gara-gara mengalami kemurungan.

Selena mengalami masalah itu disebabkan sukar untuk menerima kenyataan apabila Justin Bieber bertunang dan berkahwin dengan model berusia 21 tahun pada September lalu.

Selena Gomez, Justin Bieber

Artikel Lain