Ashton Kutcher serah rumah kepada bekas anak tiri - Bintang Global | mStar

Ashton Kutcher serah rumah kepada bekas anak tiri

Ashton Kutcher menyerahkan hak pemilikan sebuah rumah bernilai AS$1 juta kepada bekas anak tirinya, Rumer Willis.

PELAKON Ashton Kutcher dilaporkan menyerahkan pemilikan penuh sebuah rumah di Los Angeles kepada bekas anak tirinya, Rumer Willis.

People melaporkan Ashton membeli kediaman seluas 1,800 kaki persegi itu pada 2009 dengan harga hampir AS$1 juta (RM4 juta) yang turut meletakkan nama Rumer sebagai pemilik bersama.

Dalam pada itu, Ashton menyerahkan hak pemilikan rumah itu selepas Rumer memfailkan dokumen yang mengatakan hak pemilikan bersama rumah itu telah tamat selain hutang dan perkara berkaitan rumah itu sudah pun selesai.

Rumer adalah anak kepada bekas isterinya, Demi Moore dengan bekas suami aktor Bruce Willis.

Ashton, 40, dan Demi, 58, bercerai pada November 2013 selepas hanya lapan tahun berkahwin.

Pelakon itu kemudiannya berkahwin dengan aktres Mila Kunis dan mereka mempunyai dua cahaya mata.

Ashton Kutcher

Artikel Berikut

Minho SHINee mahu segera kahwin

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain