suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Drake dedah sudah ada anak menerusi lagu

Drake mendedahkan dia mempunyai seorang anak lelaki menerusi lagu terbaharunya.

BEBERAPA bulan mendiamkan diri, penyanyi rap Drake akhirnya mengesahkan gosip mengatakan dia sudah mempunyai seorang anak lelaki.

Drake, 31, mendedahkan perkara itu menerusi lagu berjudul Emotionless yang turut menampilkan Mariah Carey dipetik daripada album terbaharunya Scorpion.

Menerusi lirik lagu tersebut, Drake menjelaskan dia tidak pernah menyorokkan mengenai kehadiran anaknya itu sebaliknya tidak mahu mendedahkan 'dunia' kepada kanak-kanak lelaki itu.

Anak itu adalah hasil hubungannya dengan bintang porno dari Perancis, Sophie Brussaux.

Dalam pada itu, Drake menerusi lagu March 14 pula mendedahkan Sophie bukan kekasihnya dan hanya pernah bertemu dengan wanita itu sebanyak dua kali.

Menerusi lagu itu, Drake turut menggunakan lirik daripada lagu Billie Jean nyanyian Michael Jackson bagi menjelaskan situasi sebenar hubungannya dengan Sophie.

"She's not my lover like Billie Jean but th kid is mine. (Dia bukan kekasih saya seperti Billie Jean tetapi itu anak saya)," antara bait lirik lagu tersebut.

Sebelum ini gosip mengenai perkara itu kecoh selepas seorang penyanyi rap, Pusha T menuduh Drake mempunyai seorang anak rahsia yang didedahkan menerusi lagunya, The Story of Adinon.

Drake, Emotionless, Scorpion

Artikel Lain