suria

Tunang hamil, Hwang Hyun Hee ambil keputusan berkahwin

Hwang Hyun Hee mengambil keputusan untuk berkahwin selepas tunangnya dilaporkan sedang hamil dua bulan.

PELAKON dan pelawak Hwang Hyun Hee, 38, bakal mengambil keputusan untuk berkahwin selepas teman wanitanya dilaporkan sedang hamil dua bulan.

Soompi melaporkan pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada 19 Jun depan dan berita itu turut disahkan oleh syarikat pengurusannya, TN Entertainment pada Selasa lalu.

"Hwang Hyun Hee akan berkahwin pada 19 Jun depan dan mereka telah pun mengikat tali pertunangan.

"Malah wanita itu juga kini sedang hamil dua bulan," kata wakil syarikat pengurusan pelakon itu.

Dalam pada itu, bakal isteri Hyun Hee dilaporkan 13 tahun lebih muda daripadanya dan wanita itu bukan selebriti sebaliknya orang biasa yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan.

Mereka juga sudah menjalinkan hubungan cinta selama setahun sebelum mengambil keputusan berkahwin.

Hwang Hyun Hee

Artikel Lain