suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sungah (9MUSES) umum berkahwin pada 20 Mei ini

Sungah bakal berkahwin dengan lelaki pilihannya.

ANGGOTA kumpulan 9 MUSES, Sungah membuat pengumuman bakal berkahwin dengan DJ DaQ pada 20 Mei ini.

Sungah berkongsi berita gembira tersebut menerusi surat terbuka di laman sosial kelab peminatnya.

"Hello. Ini kali pertama saya ucap hello kepada anda. Sebelum ini saya ambil cabaran untuk menjadi DJ dan ia sangat teruja.

"Sepanjang proses itu, saya bertemu dengan DJ DaQ dan kami berkongsi minat muzik yang sama. Dia banyak menasihati dan membantu saya menjadi DJ.

"Kami ada hubungan yang baik dan saling menyayangi. Kami akan berkahwin pada 20 Mei depan. Saya sangat gembira bertemu dengan seseorang yang saya impikan hidup bersama," kata Sungah.

Sungah 9MUSES

Artikel Lain