suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isabela Moner jadi Dora dalam filem 'Dora The Explorer'

PELAKON baharu Isabela Moner bakal membawakan watak kartun animasi popular Dora The Explorer yang bakal difilemkan.

Menerusi filem ini, Dora yang sebelum ini berusia tujuh tahun itu digambarkan sudah remaja.

Isabela Moner sebelum ini pernah muncul dalam filem Transformers: The Last Knight.

Seperti dipetik Slash Films, filem itu diumumkan sudah memulakan penggambaran sejak tahun lalu itu diterbitkan oleh Platinum Dunes milik pengarah terkenal Michael Bay.

Dora versi kartun ditayangkan di saluran Nickeledeon pada tahun 2000 hingga 2014 dan mempunyai 172 episod.

"Saya rasa ia satu penghargaan dan bersemangat untuk membawakan watak Dora. Saya membesar dengan menonton kartun ini.

"Saya juga sudah menganggap Dora sebagai ikon kanak-kanak yang luar biasa, dia kuat, berjiwa kental dan gadis yang baik," ujarnya kepada Hollywood Reporter.

Dora The Explorer

Artikel Lain