suria

Kes gangguan seksual Onew 'SHINee' ditutup

KETUA kumpulan SHINee iaitu Onew dilaporkan bebas daripada tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita pada Ogos tahun lalu.

Menurut agensinya SM Entertainment, semua tuduhan terhadap penyanyi itu sudah digugurkan dan kes tersebut ditutup secara rasmi

"Semua pertuduhan terhadapnya sudah digugurkan dan kes itu ditutup," ujar wakil agensi pada Jumaat.

Onew didakwa melakukan gangguan dan serangan seksual terhadap seorang wanita ketika berada dalam keadaan mabuk.

Dia dilaporkan menyentuh kaki wanita ketika berada di sebuah kelab malam di daerah Gangnam.

Disebabkan perkara itu, Onew terpaksa menarik diri dari membintangi watak utama dalam drama Age of Youth 2

Dia juga terpaksa berehat daripada aktiviti bersama kumpulannya itu.

Onew

Artikel Lain