Kylie Jenner buat ujian DNA tentukan bapa anaknya - Bintang Global | mStar

Kylie Jenner buat ujian DNA tentukan bapa anaknya

Bekas teman lelaki Kylie Jenner iaitu Tyga (gambar kanan) mempersoalkan sama ada anak yang baru dilahirkan Kylie adalah miliknya atau Travis Scott (gambar kiri).

BINTANG realiti Kylie Jenner dilaporkan melakukan ujian paterniti terhadap bayi perempuannya bagi membuktikan teman lelakinya, Travis Scott adalah bapa kepada anak mereka.

Kylie membuat ujian itu selepas bekas teman lelakinya, penyanyi rap Tyga menuntut Kylie berbuat demikian kerana merasakan bayi yang diberi nama Stormi itu sebenarnya adalah anaknya.

Bintang realiti itu bersetuju membuat ujian itu dengan meletakkan syarat Tyga tidak akan membangkitkan lagi hal itu secara umum.

"Tyga yang menuntut Kylie membuat ujian itu dan pada awalnya dia enggan melakukannya kerana ia hanya membuat masyarakat berfikir dia bercinta dengan dua lelaki pada masa yang sama.

Kylie bersama anaknya, Stormi.

"Kylie mengambil berat mengenai Tyga tetapi apa yang dia lakukan sangat melampau dan memalukan namun dia teruskan juga dengan ujian itu bagi memuaskan hatinya," kata sumber.

Dalam pada itu, hasil ujian paterniti itu mendapati Travis Scott adalah bapa kepada anak tersebut.

Kylie bagaimanapun berang apabila Tyga tetap melanggar perjanjian apabila bercakap mengenai perkara itu secara terbuka.

Kylie Jenner

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Mas Ermieyati sertai Bersatu