suria

Pelakon 'Winter Sonata' Berkahwin Secara Rahsia

PELAKON drama Winter Sonata Choi Ji Woo dilaporkan sudah berkahwin secara rahsia pada Khamis lalu.

Menurut The Fact, aktres yang berusia 43 tahun itu memilih lelaki bukan dikalangan selebriti sebaliknya bekerja di pejabat.

Pasangan itu berkahwin di sebuah lokasi di Seoul, Korea Selatan.

Tidak banyak maklumat berkait dengan suaminya itu.

Pelakon wanita itu pernah bercinta dengan aktor Lee Jin Wook selama dua tahun dan mengambil keputusan berpisah pada 2011.

Dia kemudian memutuskan untuk tidak berkongsi kisah cinta secara umum dan terlalu berahsia terhadap kehidupan peribadinya.

Agensinya YG Entertainment turut terkejut dengan khabar perkahwinan itu dan memberitahu mereka tidak mempunyai informasi tentang berita itu.

Tidak lama selepas itu, Choi Ji Woo mengesahkan berita gembira itu menerusi sebuah foto di laman sosial instagram miliknya.

Winter Sonata

Artikel Lain