Padi Bakal Ubat Kerinduan Peminat Di Malaysia - Bintang Global | mStar

Padi Bakal Ubat Kerinduan Peminat Di Malaysia

Kumpulan Padi kini menggunakan nama Padi Reborn sebagai tanda kemunculan semula mereka.

KUALA LUMPUR: Kumpulan terkenal Indonesia, Padi yang kini menggunakan nama Padi Reborn bakal mengubat kerinduan peminatnya di Malaysia.

Menurut Piyu, mereka berasa teruja buat pertama kali akan mengadakan konsert di Malaysia dengan menggunakan nama terbaru kumpulannya.

Malah, konsert yang akan diadakan pada 30 Jun depan itu bagi menghargai peminat-peminat yang tidak pernah berhenti menyokong muzik mereka.

"Kami berasa cukup terharu dan gembira kerana kami akan mengadakan konsert solo buat pertama kalinya dengan memakai nama Padi Reborn.

"Persembahan di Malaysia ini juga sebagai lambang penghargaan buat sahabat Padi yang tidak pernah lelah menyokong kami dari Padi Vakum dan kini kembali.

"Kami berharap sahabat Padi Malaysia akan senang dan bergembira bersama menyanyikan lagu-lagu Padi" kata Piyu.

Konsert Padi Reborn yang akan diadakan pada 30 Jun depan.

Selain Piyu (pemain gitar), Padi Reborn dianggotai oleh Fadly (vokalis), Ari (pemain gitar), Rindra (pemain bass) dan Yoyo (pemain drum).

Buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan Padi sejak tahun 1997 kumpulan itu akan mengadakan konsert perdana mereka Padi Reborn Exclusive Live In KL pada 30 Jun 2018.

Antara lagu yang akan dipersembahkan pada malam konsert itu seperti Mahadewi, Sesuatu Yang Tertunda, Menanti Sebuah Jawaban, Begitu Indah dan Kasih Tak Sampai.

Sementara itu, kumpulan Pitahati akan menjadi band undangan yang pastinya bakal memberi sebuah persembahan tidak kalah hebatnya.

Tiket bagi konsert anjuran Qew Communications Sdn Bhd itu sudah mula dijual pada Rabu dengan harga early bird RM149 atau RM179 untuk standard (Platinum) dan sesi meet and greet pula bagi early birds (RM249) atau RM290 untuk standard.

Padi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain