suria

Brad Pitt, Angelina Jolie Sudah Ada Pengganti

Brad Pitt dan Angelina Jolie dikatakan sudah menemui pengganti.

PELAKON Angelina Jolie dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ejen hartanah selepas dua tahun berpisah dengan aktor terkenal, Brad Pitt.

Sumber terdekat dengan aktres itu menyifatkan lelaki tersebut seorang yang kacak walaupun sudah agak berusia.

"Benar Angelina sedang bertemu dengan seseorang," kata sumber seperti dilaporkan Daily Mail.

Angelina dan Brad berpisah pada 2016 dan masih dalam proses perceraian selepas dua tahun berkahwin.

Mereka mempunyai tiga cahaya mata iaitu Shiloh, 11 dan pasangan kembar, Knox dan Vivienne, 9 tahun.

Pasangan itu juga mempunyai tiga anak angkat, Pitt-Maddox, 16, Pax, 14 dan Zahara, 13 tahun.

Tinggal kenangan... Brad dan Angelina bersama anak-anak mereka pada hari perkahwinan mereka pada 2014.

Sumber memberitahu walaupun hubungan itu belum memasuki fasa serius namun menyifatkan lelaki itu sebagai seorang yang baik dan sering membantu Angeline menguruskan enam anaknya.

"Rakan-rakan semua gembira kerana Angelina berada dalam keadaan yang teruk selepas berpisah dengan Brad.

"Semua berharap Angelina dan Brad akan kembali bersatu tetapi ia tidak akan menjadi kenyataan," katanya.

Sementara itu, Brad juga dikatakan sudah menemui pengganti Angeline namun mengambil pendekatakan merahsiakan hubungan tersebut daripada perhatian media.

"Brad seorang yang sangat privasi tentang siapa yang dia berjumpa atau bercinta tetapi dia kini sedang cuba meneruskan kehidupannya seperti mana Angelina.

"Dia kini lebih selesa berkawan dengan wanita bukan dalam kalangan selebriti selain Brad kini lebih banyak menghabiskan masa bersama anak-anaknya," kata sumber itu lagi.

Angelina Jolie, Brad Pitt

Artikel Lain