suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Kwang Soo Beli 200 Baju Sejuk Untuk Pekerja Produksi

Lee Kwang Soo beli 200 baju sejuk untuk krew produksi.

PELAKON dan model Lee Kwang Soo membuat kejutan dengan memberi hadiah kepada semua pekerja produksi drama terbarunya, Live.

Menerusi laporan Soompi, sumber terdekat memberitahu pelakon tersebut membeli 200 baju sejuk dengan tulisan Live.

"Lee Kwang Soo beli 200 baju sejuk dengan tulisan Live untuk dihadiahkan kepada semua pekerja produksi drama terbarunya.

"Dia beli dengan duitnya sendiri sebagai hadiah kejutan," kata sumber.

Malah, beberapa orang pekerja produksi tersebut memuat naik foto memakai baju sejuk pemberian Lee Kwang Soo di laman Instagram mereka.

Menerusi drama tersebut, Lee Kwang Soo memegang watak sebagai pengawai polis yang membuat keputusan untuk menyertai politik untuk menyara kehidupannya.

Lee Kwang Soo

Artikel Lain