suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wajah Tanpa Solekan Christina Aguilera Dapat Pujian

Perbezaan wajah Christina Aguilera apabila tampil tanpa sebarang solekan menerusi muka depan majalah Paper.

PENYANYI Christina Aguilera mengejutkan peminatnya apabila muncul tanpa sebarang solekan menerusi muka depan majalah Paper edisi April 2018.

Christina dalam temubual bersama majalah itu memberitahu dia sudah lama ingin melakukan sesi penggambaran tanpa sebarang solekan dan tema 'Transformasi 2018' yang diketengahkan oleh Paper hadir tepat pada masanya.

"Saya suka bereksperimen dalam karier menerusi muzik, karakter dalam muzik video termasuk ketika mengadakan persembahan pentas.

"Saya seorang penghibur namun dapat mendedahkan sisi sebenar diri saya adalah seperti penghargaan kepada diri sendiri," katanya.

Rata-rata memuji keberanian Christina dan menyatakan dia kelihatan lebih cantik tanpa sebarang solekan tebal.

Pun begitu, Christina berkata, itu bukan bererti dia akan berhenti daripada menggunakan solekan kerana ia adalah sebahagian daripada dirinya.

Christina Aguilera

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia