suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

So Jib Sub Mahu Segera Bernikah

GARA-GARA berlakon dalam filem Be With You, pelakon So Ji Sub berkata dia mula memikirkan mengenai perancangan untuk berkahwin.

Menurut portal Soompi, So Ji Sub mengakui dia menangis ketika menonton filem itu buat pertama kali kerana terkesan dengan watak lakonannya.

"Kalau menonton filem, saya susah nak menangis tapi kali ini air mata saya jatuh ketika menonton filem yang dilakonkan oleh saya sendiri.

"Ia mengisahkan tentang cinta dan membuatkan saya terasa seperti mahu berkahwin sekarang juga," katanya.

Sementara itu, So Ji Sub berkata dia sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.

"Berlakon sebagai seorang bapa, saya terasa tak sabar mahu menjadi seorang suami dan mempunyai perasaan ingin menyayangi isteri dan anak-anak," katanya.

Selain So Ji Sub, filem ini turut dibintangi oleh aktres Son Ye Jin dan bakal ditayangkan di pawagam seluruh Korea Selatan pada 14 Mac depan.

So Jin Sub

Artikel Lain