Lionel Richie Tak Restu Percintaan Anak Dengan Scott Disick - Bintang Global | mStar

Lionel Richie Tak Restu Percintaan Anak Dengan Scott Disick

Percintaan Scott Disick mendapat tentangan daripada bapa Sofia Richie iaitu Lionel Richie.

PENYANYI legenda Lionel Richie tetap dengan pendiriannya tidak merestui hubungan cinta anak perempuannya, Sofia Richie dengan bintang realiti Scott Disick.

Daily Mail melaporkan Lionel menyifatkan hubungan Sofia yang baharu berusia 19 tahun itu dengan Scott adalah sebagai satu fasa yang dilalui oleh kebanyakan remaja lain.

Penyanyi lagu Hello itu turut melarang Sofia membawa Scott menghadiri majlis melibatkan ahli keluarga mereka.

"Ia bukan rahsia Lionel tidak suka kepada Scott dan merasakan dia seorang lelaki yang bermasalah berikutan sejarahnya terhadap masalah alkohol dan kaki perempuan.

Lionel (dua dari kiri) bersama tiga anak-anaknya, (dari kiri) Nicole Richie, Sofia Richie dan Miles Brockman Richie.

"Dia berharap hubungan mereka tidak serius dan Sofia masih muda dan perlu memfokuskan kepada kariernya sebagai model terlebih dahulu," kata sumber.

Untuk rekod, Scott, 34, juga bekas teman teman lelaki kepada kakak Kim Kardashian iaitu Kourtney Kardashian.

Mereka berpisah selepas 10 tahun bersama pada 2015 dan pasangan itu mempunyai tiga cahaya mata iaitu Mason Dash Disick, 9, Penelope Scotland Disick, 5 dan Reign Aston Disick, 3 tahun.

Kourtney memutuskan hubungannya dengan Scott selepas tidak lagi tahan dengan sikap liar Scott yang gemar berparti, mabuk dan bersikap curang dibelakangnya.

Sofia Richie , Lionel Richie , Scott Disick

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain

Tiga lagi positif koronavirus