Jun Hyun Moo, Han Hye Jin Hangat Bercinta - Bintang Global | mStar

Jun Hyun Moo, Han Hye Jin Hangat Bercinta

Jun Hyun Moo dan Han Hye Jin sedang menjalinkan hubungan cinta.

PELAKON Jun Hyun Moo mengesahkan dia sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon Han Hye Jin.

Menurut agensi Jun Hyun Moo iaitu SM C&C, memohon maaf kerana memberi kenyataan lewat disebabkan ingin pengesahan pasangan itu.

"Kami sudah bertanya dan berbincang dengan Jun Hyun Moo dan Han Hye Jin. Mereka sudah mengesahkan sedang bercinta.

"Pertama sekali, kami ingin mohon maaf kelewatan memberi kenyataan berhubung perkara itu disebabkan ingin pengesahan daripada mereka juga.

"Mereka masih lagi dalam proses mengenal hati budi. Kami menghargai jika anda semua tidak terlalu memaksa mereka. Terima kasih," kata wakil agensi.

Jun Hyun Moo , Han Hye Jin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain