suria

Super Junior Dedah Ciri-Ciri Wanita Idaman

Super Junior menerusi program televisyen ‘Super TV’ XTvN. Foto: Soompi

AHLI Kumpulan Super Junior mendedahkan mengenai ciri-ciri wanita idaman mereka menerusi sebuah program televisyen pada Jumaat.

Menerusi siaran ‘Super TV’ XTvN, empat anggota kumpulan iaitu Eunhyuk, Donghae, Lee Teuk dan Heechul berkongsi mengenai hal berkenaan.

"Saya menyukai Yano Shiho kerana dia nampak sangat baik untuk dijadikan isteri dan ibu," kata Eunhyuk.

"Saya telah berusia 36 tahun dan rasanya dah boleh fikir secara serius mengenai perkahwinan. Saya suka wanita seperti Lee Bo Young," jawab Leeteuk pula.

Empat ahli kumpulan Suju mendedahkan mengenai perkara tersebut menerusi program Super TV’ XTvN. Foto: KoreaIndo

"Saya pula suka wanita yang mempunyai mata yang cantik dan menggoda seperti Mina Gugudan," komen Heechul.

Manakala, Donghae pula berkata dia mengimpikan wanita seperti aktres Hollywood, Rachel McAdams.

Selain mereka berempat, kumpulan ini turut dianggotai oleh Hangeng, Yesung, Kangin, Shindong, Sungmin, Siwon, Ryeowook, Kibum dan Kyuhyun.

Super Junior

Artikel Lain