suria

Video Intim Blac Chyna Dengan Bekas Kekasih Tersebar

Bluc dan Mechie menjalinkan hubungan cinta selepas wanita itu putus dengan Rob Kardashian.

MODEL Blac Chyna dimalukan apabila tersebarnya sebuah video panas dia bersama seorang lelaki.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan wajah sebenar lelaki dalam video yang tersebar itu.

Menurut sumber, lelaki berkenaan merupakan bekas kekasih Blac bernama Mechie iaitu lelaki yang menjadi punca perpisahan Blac dan Rob Kardashian pada Ogos 2017.

Sumber berkata, Mechie juga mengakui lelaki dalam video itu adalah dirinya, namun bukan dia yang menyebarkan video berkenaan.

Mechie mengaku pernah merakam video itu pada Julai 2017, namun ia berada dalam telefon bimbit milik Blac.

Dia turut marah apabila video intim itu menjadi tontonan umum. Dia tidak percaya wanita itu masih menyimpannya sehingga bocor di internet.

Pasangan ini putus pada Disember lalu.

Sementara itu, Blac sudah membuat laporan polis terhadap perkara berkenaan dan mencari siapa individu yang melakukan perkara terbabit.

Blac Chyna

Artikel Sebelum

Artikel Lain