suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat Puji Penampilan Minzy Berhijab

Minzy mengenakan hijab ketika berkunjung ke negara Turki. Foto Instagram: _minzy_mz

KUNJUNGAN penyanyi Minzy bekas ahli kumpulan 2NE1 ke negara Turki menarik perhatian netizen apabila dia dilihat mengenakan hijab.

Menurut laporan Soompi, Minzy memakai tudung ketika mengunjungi salah sebuah masjid di negara tersebut.

"Oleh kerana melawat tempat ibadah, Minzy diwajibkan mengenakan hijab bagi menghormati tempat berkenaan," kata sumber.

Dalam kunjungan tersebut, Minzy menggayakan penutup kepala berwarna biru dan jaket hitam.

Rata-rata netizen memuji penampilan Minzy dan berasakan gaya tersebut membuatkan dia lebih menawan.

"Cantiknya, macam anak patung. Comel sangat penampilan kamu ini.

"Jujur tau, ini penampilan Minzy paling cantik yang pernah saya tengok. Pengalaman berharga," komen netizen.

Dalam lawatan tersebut, penyanyi berusia 24 tahun ini turut mengunjungi beberapa lokasi menarik di Turki.

Minzy

Artikel Lain