suria

Justin Bieber Bawa Selena Ke Majlis Perkahwinan Bapa

HUBUNGAN percintaan pasangan selebriti popular Justin Bieber dan Selena Gomez kali kedua ini berjalan dengan lebih privasi.

Kedua-duanya tidak memaparkan kemesraan di laman sosial, malah keluar berdua secara diam-diam.

Selepas dirakamkan menikmati makan malam romantik sempena hari Valentine, kini pasangan itu dilihat menghabiskan waktu bersama di kawasan Montego Bay, Jamaika.

Bukan sekadar sebuah percutian, ia merupakan majlis perkahwinan bapa Justin iaitu Jeremy Bieber yang diadakan di lokasi berkenaan.

Jeremy secara rasmi berkahwin dengan kekasihnya Chelsey Rebelo.

Dalam sebuah foto yang tersebar, Selena sedang berbual mesra dengan Justin dan mereka turut dikelilingi ahli keluarga lain yang hadir pada majlis itu.

Justin Bieber

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain