suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Snapchat Tanggung Rugi Kerana Kenyataan Kylie Jenner

Kylie Jenner

GARA-GARA kenyataan bintang Kylie Jenner di Twitter yang mengatakan dia tidak menggunakan lagi aplikasi Snapchat membuatkan syarikat aplikasi tersebut menanggung kerugian kira-kira RM5 bilion.

Saham syarikat aplikasi popular itu dilaporkan merundum sebanyak enam peratus selepas kenyataan selebriti berkenaan.

Kylie yang menjadi pengguna Snapchat paling berpengaruh dan antara selebriti berpengaruh media sosial ini mengakui terpaksa meninggalkan aplikasi itu kerana kemaskini terbaharu yang membingungkan.

"Jadi adakah orang tidak lagi membuka Snapchat? Atau saya sahaja? Ini sangat menyedihkan. Aku tetap menyintaimu Snap... cinta pertamaku," tulisnya yang mendapat komen lebih empat ribu pengguna Twitter.

Pada awal minggu lalu, perubahan yang diumumkan oleh aplikasi itu mendapat respons negatif penggunanya.

Versi baharu itu membuatkan pengguna sukar mengemaskini akaun mereka dan tidak dapat melihat pengikut yang mengikuti akaun masing-masing.

Perkara itu juga menyebabkan pengguna mengeluarkan sebuah petisyen memohon agar pihak aplikasi tersebut mengembalikan versi lama.

Bagaimanapun, patisyen yang sudah mendapat sokongan 1.2 juta itu tidak mendapat sebarang reaksi dan maklum balas daripada Snapchat.

Namun, hanya dengan satu kenyataan di media sosial oleh Kylie membuatkan syarikat aplikasi terbabit berjanji untuk mengembalikan versi asal.

Kylie Jenner

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain