suria

Petisyen Bantah Pembubaran Wanna One

Peminat bantah pembubaran Wanna One.

SATU petisyen telah dibuat oleh peminat Wanna One setelah kumpulan itu dijangka akan dibubarkan tahun depan.

Seperti dilaporkan Allkpop, kumpulan yang diasaskan melalui program Produce 101 musim kedua itu bakal dibubarkan setelah kontrak mereka berakhir.

Situasi itu telah menyebabkan peminat Wanna One bertindak membuat satu petisyen bagi membantah pembubaran tersebut.

Kumpulan peminat yang menggelarkan diri mereka Wannables memulakan petisyen dalam talian itu baru-baru ini dan menyasarkan untuk mendapatkan 250,000 tandatangan.

Sehingga kini, petisyen itu sudah pun ditandatangani oleh 22,667 peminat.

Walaupun Wanna One kini merupakan salah satu kumpulan paling popular di Korea Selatan, mereka tiada pilihan sekiranya perkara itu menjadi nyata.

Jadi, peminat berharap agar petisyen yang dibuat oleh mereka bakal menyelamatkan kumpulan itu.

Wanna One

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain