suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Brooklyn Beckham Jadi Perhatian Peminat Kolej

Brooklyn mendedahkan dia sering diganggu oleh peminat wanita di kolej.

BUKAN mudah menjadi anak kepada selebriti terkenal dunia dan ia turut diakui oleh Brooklyn Beckham yang juga anak sulung kepada pasangan David dan Victoria Beckham.

Brooklyn mendedahkan dia kurang selesa dengan perhatian diberikan ketika mula-mula mendaftarkan diri sebagai penuntut kursus fotografi di Parson School of Design, New York.

Remaja berusia 18 tahun itu berkata dia seboleh-bolehnya tidak mahu jadi perhatian namun ia tidak mudah seperti disangkakan apabila sering diganggu peminat di kolejnya.

Kata Brooklyn, dia sering menjadi perhatian peminat wanita yang teruja apabila bertemu dengannya di kolej.

"Tenang! Saya akan berada di kolej ini selama empat tahun," katanya seperti dilaporkan Mirror.

Bagaimanapun kata Brooklyn, keadaan itu semakin baik berbanding suasana sewaktu awal kemasukannya ke kolej itu.

"Mereka faham dan menghormati saya cuma suasana agak berlainan sewaktu mula-mula saya mendaftar dahulu.

"Mungkin mereka terkejut, tetapi tidak mengapa," ujarnya.

Brooklyn juga memberitahu dia tidak gemar bergaul dengan selebriti terkenal kerana adakalanya sikap mereka menjengkelkan.

Artikel Lain