Giliran Katy Perry, Rihanna Bergaduh - Bintang Global | mStar

Giliran Katy Perry, Rihanna Bergaduh

Hubungan dua bintang terkenal, Rihanna dan Katy Perry dikatakan dingin.

JIKA sebelum ini perang dingin antara Katy Perry dan Taylor Swift hebat diperkatakan kini hubungan persahabatan Katy dan Rihanna pula dilaporkan sudah berakhir.

Menurut laporan Mirror, kedua-dua bintang terkenal itu tidak lagi dilihat bersama dalam acara hiburan sejak setahun lalu malah mereka didakwa cuba mengelak daripada bertemu.

Katy juga tidak kelihatan dalam acara kebajikan, Los Angeles Diamond Ball anjuran Rihanna.

Penyanyi lagu Umbrella itu ketika ditemui media turut membuat kenyataan kurang enak mengenai seorang wanita yang pernah dianggap sebagai kawan baik dalam industri dipercayai Katy.

Rihanna juga didakwa membuat mimik muka tidak berminat ketika diajukan soalan jika dia ingin menyertai Katy sebagai juri program American Idol.

Desas-desus persengketaan mereka mula dihidu peminat apabila nama Katy tidak tersenarai dalam acara MET Gala anjuran Rihanna.

Bagaimanapun sumber memberitahu mereka tidak bergaduh sebaliknya hubungan mereka tiba-tiba menjadi renggang.

"Ada pihak mendakwa hubungan mereka mula retak semenjak Katy bercinta dengan Orlando Bloom tahun lalu namun tiada siapa tahu apa sebenarnya terjadi antara dua bintang popular itu," kata sumber itu.

Katy Perry , Rihanna

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Model Teman Wanita Bobby (iKON)

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Suspek samun stesen MRT dikenal pasti

Hotel di Makkah hangus dijilat api