suria

Kumpulan Winner Jadi Perhatian Majalah ‘Vogue’

Seung Hoon dan Song Mino mendapat perhatian majalah fesyen terkenal dunia, Vogue.

DUA anggota kumpulan Winner iaitu Lee Seung Hoon dan Song Mino mendapat perhatian majalah fesyen terkemuka Vogue ketika mereka muncul pada pertunjukan fesyen jenama Burbery di London.

Kehadiran mereka yang lengkap menggayakan koleksi terbaharu musim bunga 2018 jenama itu menarik perhatian sehingga pihak Vogue menyiarkan artikel mengenai mereka berdua.

Vogue dalam tulisannya menulis kedua-dua mereka berjaya mencetuskan suasana sensasi dan mereka antara kumpulan paling bergaya di dunia.

"Kehadiran mereka menarik perhatian paparazi dan begitu ramai peminat berhimpun untuk melihat bintang itu dengan lebih dekat," tulis Vogue.

Seung Hoon dan Mino turut dilihat memuat naik beberapa foto mereka sedang bersiar-siar di London sambil menggayakan koleksi terbaharu jenama terkenal dunia itu.

Winner, Vogue

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain